DESA KEDA SUNGAI SENAM LENGKAPKAN PROGRAM INSTITUSI PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG (IPPK)
BALIK PULAU – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya bersama-sama Desa KEDA Sungai Senam Senam untuk melengkapkan Program Institusi Pentadbiran Peringkat Kampung (IPPK) KKDW Tahun 2024.
Program yang berlangsung selama 10 siri di Desa KEDA Sungai Senam telah dibimbing oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abdul Khalek, mantan Pengarah Kolej KEDA selaku Local Champion.
Selaku Local Champion, beliau telah menekankan pelbagai kriteria khusus seperti pengurusan organisasi, kewangan, perancangan dan pelaksanaan program kampung.
Perasmian siri terakhir telah berlangsung di White Camp Resort, Balik Pulau dan disempurnakan oleh Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Elias bn Hassan yang mewakili Tuan Pengurus Besar KEDA.
Semoga dengan ilmu dan pengetahuan yang dikongsi dapat memperkasa kepimpinan desa ini dalam membuka potensi dan kejayaan desa di masa akan datang.