ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA JUARA EDISI SULUNG KEJOHANAN TARIK TALI PIALA PENGURUS BESAR KEDA

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA JUARA EDISI SULUNG KEJOHANAN TARIK TALI PIALA PENGURUS BESAR KEDA

SIK – Meriah! Itulah kata-kata yang boleh digambarkan ketika berlangsungnya Tug Of War : Kejohanan Tarik Tali Piala Pengurus Besar KEDA yang julung kali diadakan.
Kejohanan anjuran Pejabat KEDA Zon 4, Sik ini mendapat kerjasama erat Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sik dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.
Kejohanan ini menampilkan penyertaan 9 pasukan dari pelbagai agensi termasuk Kolej KEDA dan KEDA Agrobiz Sdn Bhd dan diadili oleh pengadil dari Persatuan Tarik Tali Malaysia.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik telah menjuarai kejohanan dengan membawa pulang
piala pusingan, medal serta wang tunai berjumlah RM 1,000 manakala Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sik telah menjadi naib juara dengan membawa pulang medal berserta wang tunai berjumlah RM 700.
Objektif kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara agensi dan memupuk semangat berpasukan dalam kalangan organisasi.
Lebih manis, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah berkesempatan untuk hadir dan membuat pelepasan untuk perlawanan akhir seterusnya menyempurnakan acara perasmian dan penyampaian hadiah.
Turut hadir ialah Timbaan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa.
Selain itu, turut hadir Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohamad Nasri bin Ahmad Shukri.
Tahniah kepada pasukan yang menang dan terima kasih kepada pasukan yang bertanding.