PROGRAM TRANSFORMASI DESA-DESA KEDA DAERAH KULIM TAHUN 2024
PULAU PINANG – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 6, Kulim telah berjaya menganjurkan Program Transformasi Desa-Desa KEDA Daerah Kulim bagi Tahun 2024.
Program ini telah diadakan di Hotel Penang Sentral Seaview, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam yang berkonsepkan kepimpinan luar biasa bagi memantapkan pentadbiran pengurusan 4P Desa-Desa KEDA Daerah Kulim tahun akan datang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar Operasi (TPBO).
Beliau telah diiringi oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 6, Kulim, Encik Muhammad Hakim bin Ahmad Nadzir.
Program yang telah diadakan ini telah melibatkan keseluruhan semua Ahli Jawatankuasa 4P Desa-Desa KEDA Daerah Kulim iaitu Desa KEDA Dingin, Desa KEDA Nagalilit dan Desa KEDA Bagan Sena.
Semoga kursus ini memberikan motivasi dan mempersiapkan jawatankuasa untuk pemerkasaan desa tahun mendatang.