DESA BENDANG MAN PERKUKUH ILMU FARDHU AIN

DESA BENDANG MAN PERKUKUH ILMU FARDHU AIN

SIK – Desa KEDA Bendang Man telah menjadi lokasi penganjuran Program Pengimarahan Surau selama tiga hari, dengan fokus pada peningkatan ilmu fardhu ain dalam kalangan komuniti setempat.
Program anjuran Pejabat KEDA Zon 4 ini mendapat kerjasama erat daripada Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Bendang Man.
Tiga aspek utama yang ditekankan dalam program ini adalah Toharoh (bersuci), Tahsin Solat, dan Bina Keluarga Bahagia (Baiti Jannati).
Sepanjang program, para peserta diberi pendedahan teori dan praktikal yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap ibadah asas.
Aktiviti seperti bengkel amali bersuci, penghayatan solat sempurna, dan ceramah motivasi kekeluargaan telah menjadi tarikan utama.
Program ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada penduduk Desa KEDA Bendang Man dalam membangunkan komuniti yang berilmu dan berakhlak mulia.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin ke arah pembentukan masyarakat yang lebih cemerlang dalam aspek agama dan sosial.