KEDA PERKASA PEGAWAI PENGURUSAN DAN PELAKSANA MELALUI BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN PROJEK/PROGRAM PEMBANGUNAN RP5 RMKe-12 2025
IPOH – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Penyelarasan Projek/Program Pembangunan RP5 RMKe-12 Tahun 2025 selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Disember 2024 bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak.
Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 43 pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang terdiri daripada gred 19 hingga JUSA C.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan perancangan dan penyelarasan pelaksanaan projek dan program pembangunan bagi tahun 2025.
Antara objektif utama bengkel adalah Mengenalpasti Key Performance Index (KPI) setiap projek/program serta memastikan perancangan pelaksanaan mematuhi siling peruntukan yang diluluskan.
Selain itu ia bertujuan memastikan perancangan gerak kerja yang teliti bagi pelaksanaan projek supaya peruntukan dapat digunakan secara efisien dalam tempoh yang ditetapkan dan mengenalpasti dan mengurus kemungkinan cabaran pelaksanaan projek untuk memastikan penyelesaian awal dapat dirangka.
Perbincangan bagi menyelaras pindaan atau perubahan projek/program, jika diperlukan, dengan mengemukakan notis perubahan (NOC) bagi mengelakkan kelewatan.
Seterusnya, membincangkan cadangan projek pembangunan RP1, RMKe-13 bagi tahun 2026 sebagai persediaan awal dan mengenalpasti keperluan pembangunan luar bandar berdasarkan maklum balas kumpulan sasar.
Kandungan Bengkel
Bengkel ini merangkumi beberapa sesi utama termasuk Pembentangan projek/program pembangunan tahun 2024, Taklimat berkenaan perancangan dan pelaksanaan projek/program dan sesi soal jawab untuk menyelesaikan isu-isu teknikal.
Penganjuran bengkel ini menegaskan komitmen KEDA untuk terus memastikan pelaksanaan projek dan program pembangunan yang dirancang mencapai matlamat strategik, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar secara berkesan.