LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR KEDA KE KEDAMALL @ KULIM
KULIM – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, telah melakukan lawatan kerja ke KEDAMALL @ Kulim baru-baru ini.
Tujuan lawatan ini adalah meninjau kerja-kerja pengubahsuaian (renovation) bagi pembukaan pasar raya MYDIN di premis tersebut.
KEDAMALL @ Kulim merupakan aset milik KEDA yang diuruskan oleh KEDA Properties Management Sdn. Bhd merupakan anak syarikat milik penuh KEDA.
Lawatan ini mencerminkan komitmen KEDA dalam memastikan kelancaran projek dan peningkatan kemudahan kepada masyarakat setempat.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Wakil daripada MYDIN turut serta, iaitu Pengarah Eksekutif MYDIN Wilayah Utara, Encik Azmin Saduruddin, bagi memberikan maklumat lanjut berkaitan perancangan operasi MYDIN di KEDAMALL @ Kulim.
Lawatan ini diharapkan dapat mempercepatkan usaha pembukaan MYDIN sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Kulim dan sekitarnya.