PENGURUS BESAR KEDA SANTUNI PENDUDUK DESA KEDA GULAU

PENGURUS BESAR KEDA SANTUNI PENDUDUK DESA KEDA GULAU

SIK – Penduduk Desa KEDA Gulau menerima kunjungan istimewa daripada Pengurus Besar KEDA, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, sempena Program Kesedaran dan Pengurusan Kebakaran yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sik, baru-baru ini.
Dalam program tersebut, Tuan Ismasuhaimi turut menyempurnakan penyampaian geran rumah kepada penduduk Desa KEDA Sungai Senam dan Kota Aur, selain melaksanakan gimik penyerahan bantuan kepada penerima di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP).
Sebelum mengakhiri lawatan, beliau meluangkan masa meninjau lokasi cadangan bagi projek pengurusan sisa pepejal SPIKE 2.0 serta projek pertanian tanaman bawang yang dirancang dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam Omar, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Syed Muhammad Adam bin Syed Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan Zon 4, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan, serta kepimpinan 4P dari Desa KEDA lain dalam daerah Sik.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran penduduk terhadap pengurusan kebakaran tetapi juga mencerminkan komitmen KEDA dalam memperkasakan pembangunan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.