KEDA ZON SOKONG INISIATIF TRASH FOR CASH
SIK – Pejabat KEDA Zon 4, Sik, menyatakan sokongan penuh terhadap Program Trash for Cash yang mempromosikan kitar semula secara inovatif melalui kaedah drive-thru dan penggunaan aplikasi pintar secara kendiri.
Program yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) RTP Padang Besar, Jeneri ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, Pengerusi KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd.
Menurut Datuk Muhamad Khizri, program ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan komuniti melalui penjualan sisa kitar semula, malah memberikan perlindungan insurans takaful kepada peserta.
Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Dengan sokongan pelbagai pihak, program Trash for Cash diharapkan dapat menjadi platform berkesan untuk membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap amalan kitar semula, di samping menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.
Pejabat KEDA Zon 4 komited untuk terus menyokong inisiatif sebegini demi manfaat komuniti setempat.