RERUAI PAMERAN KEDA MENDAPAT SAMBUTAN DI KARNIVAL 2 DEKAD MBAS
ALOR SETAR – Suasana kemeriahan Karnival Ulang Tahun Dua Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) lebih meriah pada hari ke empat di Stadium Darul Aman Aman di sini hari ini.
Tinjauan mendapati pengunjung dari pelbagai lapisan umur memeriahkan Karnival ini dengan berbelanja di gerai-gerai jualan makanan dan minuman serta produk.
Kemeriahan itu turut dilihat di reruai pameran KEDA apabila ramai pengunjung singgah bertanya bantuan-bantuan yang disediakan KEDA dan cara permohonan.
Pengunjung yang singgah di Reruai Pameran KEDA tidak ketinggalan bermesra dengan petugas dan merakamkan gambar kenangan di booth KEDA dengan konsep kedesaan.
Karnival Ulang Tahun 2 Dekad Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar ini berlangsung sehingga 31 Disember 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik, jualan makanan dan minuman, pameran agensi serta persembahan artis-artis jemputan akan disajikan buat para pengunjung.
Jom meriahkan Karnival 2 Dekad MBAS 2023.