49

AKRAB KEDA SERTAI KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN AKRAB KKDW

PUTRAJAYA – 3 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang merupakan ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) agensi ini iaitu Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Puan Hajah Rosimah binti Darus dan Puan Amirah binti Adimat telah menyertai Kursus Pengurusan Kewangan AKRAB Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini.
Kursus yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKDW ini telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh 30 ahli AKRAB dari agensi-agensi dibawah KKDW.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah dilantik sebagai pengendali kursus kali ini dan memfokuskan kepada hal ehwal pengurusan kewangan peribadi.
Antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkaitan perancangan kewangan, pengurusan aliran tunai, penipuan kewangan dan sebagainya.
Turut disertakan dalam kursus ini adalah beberapa siri Latihan dalam Kumpulan termasuk pembentangan topik-topik terpilih untuk melihat pemahaman peserta terhadap perkongsian maklumat yang telah diberikan.
Terima kasih AKRAB KKDW dan AKPK atas perkongsian info yang cukup bermanfaat. Semoga ilmu ini dapat disampaikan agar pengurusan kewangan peribadi staf KEDA dipertingkatkan.