NAZIRAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI KEDA OLEH JPA

NAZIRAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI KEDA OLEH JPA

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menjadi destinasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk naziran perjawatan dan organisasi bagi tahun 2024.
Naziran oleh Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini berlangsung selama 2 hari melibatkan KEDA dan Kolej KEDA.
Seramai 2 orang pegawai JPA hadir bagi naziran ini iaitu Ketua Penolong Pengarah BPO, Encik Nisra Nisran bin Angit@Asra Ramlan dan Penolong Pengarah BPO, Encik Muhamad Aminurashid bin Md. Ali.
2 orang Pegawai KKDW turut hadir bersama iaitu Ketua Penolong Setiausaha, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali.
Naziran Perjawatan dan Organisasi adalah merupakan aktiviti pemeriksaan, penilaian dan pemantauan ke atas pematuhan prinsip perjawatan, perskiman dan struktur organisasi yang telah diluluskan semasa penubuhan atau kelulusan perubahan bergantung kepada permohonan perjawatan, keperluan terkini dan arahan semasa Kerajaan ke atas sesebuah organisasi.
Naziran ini juga adalah bagi tujuan mengukur, menilai dan mengenal pasti keperluan penggunaan tenaga manusia yang optimum agar agensi dapat berfungsi dengan lebih efisien dan efektif sepanjang masa dalam menyahut cabaran menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Ianya juga dapat memberi pendedahan dan pemahaman lebih jelas kepada bahagian ini berkaitan pengoperasian agensi di peringkat lapangan seterusnya menjadi wadah pengukuhan jalinan kolaborasi antara JPA dan agensi awam lain.
Semoga dengan naziran ini dapat membantu menambahbaik pengurusan KEDA dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini.