MAJLIS BERBUKA PUASA DESA KEDA SUNGAI SALLEH DI MASJID AT-TAUFIK, SERDANG

MAJLIS BERBUKA PUASA DESA KEDA SUNGAI SALLEH DI MASJID AT-TAUFIK, SERDANG

BANDAR BAHARU – Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa bagi Aktiviti Pengimarahan Bulan Ramadan Al-Mubarak di Masjid At-Taufik, Kampung Sungai Salleh, Serdang, daerah Bandar Baharu pada tahun ini.
Majlis anjuran Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 9, Bandar Baharu ini mendapat kerjasama erat jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sungai Salleh dan jawatankuasa Masjid At-Taufik, Serdang.
Program pengimarahan ini dimulakan dengan sesi ucapan dan penyerahan bantuan bakul makanan kepada penduduk Desa KEDA Sungai Salleh.
Majlis diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid At-Taufik. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak dan Solat Tarawikh Berjemaah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 9, Bandar Baharu, Encik Muhammad Noorhisham bin Taib.
Diharapkan program pengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pejabat KEDA bersama penduduk Desa KEDA dan sekitarnya.