PROGRAM JPJ DI DESA KEDA SADEK
BALING – Desa KEDA Sadek dipilih oleh Pejabat KEDA, Zon 5, Baling bagi Program Hari Komuniti Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.
Program yang diselaraskan oleh JPJ menyediakan pelbagai perkhidmatan melalui JPJ Mobile, termasuk taklimat mengenai My JPJ secara dalam talian, perbaharui lesen kenderaan, perbaharui rod tax dan insuran, dan lain-lain.
Satu taklimat ringkas dikendalikan oleh pegawai JPJ Baling, Tuan Mahadzir bin Yahaya, memberikan ilmu pengetahuan yang berguna mengenai JPJ kepada penduduk yang hadir.
Kehadiran program ini tidak hanya melibatkan warga kampung Desa KEDA Sadek dan sekitarnya, tetapi turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5 Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, serta staf dari Pejabat KEDA Baling, Staf JPJ Baling, dan JPJ Sungai Petani.
Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, program ini turut diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri Desa KEDA Sadek dengan pelbagai menu menarik yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk.
Ini menunjukkan semangat kebersamaan dan kesedaran komuniti dalam menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.