ORANG SIK SERBU JUALAN KASIH KEDA
SIK – Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Madani Tahun 2024 yang menawarkan harga barangan dapur lebih murah 30 peratus mendapat perhatian orang Sik apabila lebih 2,000 pengunjung meyerbu Pejabat KEDA Zon 4, Sik, di sini
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata, usaha itu dilakukan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.
Menurutnya, antara barangan yang menjadi rebutan ialah ayam, ikan, telur, beras, daging dan minyak masak yang dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.
“Program ini juga membantu usahawan dan rakyat pada masa yang sama. Walaupun usaha ini mungkin dilihat kecil, namun diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri ini terumanya penduduk Sik.
KEDA bercadang untuk meluaskan lagi jualan ini ke daerah-daerah lain selepas ini,” ujar beliau.
Antara tetamu yang turut hadir adalah Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Kedah, Encik Hasrol Nizam Bin Muhammad Zuki dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar
Selain itu, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian KEDA, Cik Shuhaila binti Hamzah, Pengurus Pembangunan Usahawan KEDA, Encik Rojani bin Romeli dan Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman turut hadir dengan diiringi oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Encik Mohd Farzli bin Adenan.








