KEDA RAIH TEMPAT KETIGA ACARA BATU SEREMBAN SEMPENA PESTA BUKU NEGERI KEDAH 2024

KEDA RAIH TEMPAT KETIGA ACARA BATU SEREMBAN SEMPENA PESTA BUKU NEGERI KEDAH 2024

SUNGAI PETANI – Pasukan Batu Seremban Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menunjukkan kehebatan apabila meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Permainan Tradisional Sempena Pesta Buku Kedah bagi tahun 2024.
KEDA yang diwakili oleh Puan Siti Noriah binti Talib, Puan Noryakin binti Abdul Rahman dan Puan Amirah binti Adimat telah melepasi peringkat suku akhir yang diadakan di Perpustakaan Negeri Kedah, Alor Setar sebelumnya
Peringkat separuh akhir yang berlangsung di Village Mall, di sini menemukan pasukan KEDA dan Majlis Daerah Pendang.
Nasib tidak menyebelahi pasukan KEDA apabila kecundang di peringkat separuh akhir namun mereka berjaya menebus kekalahan dengan kemenangan kepada pasukan Majlis Perbandaran Kubang Pasu sewaktu penentuan tempat ketiga/keempat.
KEDA juga telah menghantar dua pasukan Congkak bagi pertandingan ini yang diwakili oleh Puan Fudzla Suria binti Abdul Karim (Unit Pengurusan Sumber Manusia), Puan Nurul Ain binti Mansor (Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian), Puan Thohibah binti Razali (Unit Pengurusan Sumber Manusia).
Turut bermain adalah Cik Nur Amanina binti Mohamad Bakri (Bahagian Niagatani), Encik Muhamad Najib bin Soid (Unit Integriti dan Perundangan) dan Muhammad Abdul Muhaimin Bin Ibrahim (Bahagian Khidmat Pengurusan).
Pasukan congkak ini telah berjaya ke peringkat suku akhir bagi pertandingan ini.