MAJLIS IFTAR DI DESA KEDA TERJEMAHKAN MAKNA MADANI
KULIM – Majlis Iftar KEDA Madani Tahun 2025 yang dilaksana oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) adalah suatu aktiviti yang memang benar menterjemahkan aspirasi Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, menurut pemimpin masyarakat, YBhg. Tuan Haji Pakhiruddin bin Saad semasa merasmikan majlis berkenaan di Desa KEDA Nagalilit.
Beliau turut mengajak masyarakat khususnya penduduk Desa KEDA agar menyokong usaha kerajaan berteraskan nilai Madani agar dapat mengekalkan kerjasama baik dan keharmonian dalam masyarakat.
Seramai lebih 300 orang penduduk Desa KEDA Nagalilit hadir memeriahkan majlis bersama-sama dengan pagawai-pegawai KEDA dari Ibu Pejabat KEDA Alor Setar. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengurus Hartanah dan Prasarana KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Cik Shuhaila binti Hamzah, Penghulu Mukim Nagalilit, Encik Muhd Amir Asyraf bin Muhd Yusuf dan pemimpin masyarakat, Encik Abdul Razak bin Salleh.
Tuan Haji Pakhiruddin bersama dengan dif-dif kehormat turut menyampaikan sumbangan 30 bakul makanan kepada penerima yang kurang berkemampuan dan mereka yang memerlukan. Sedikit sebanyak sumbangan daripada pihak KEDA ini diharap mampu meringankan beban dalam suasana menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini.
Majlis iftar yang dianjurkan KEDA saban tahun ini menjadi medium pertemuan antara pihak pengurusan KEDA dengan penduduk Desa KEDA bagi memberi peluang kepada penduduk bertukar-tukar idea untuk membangunkan desa.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Majlis Iftar KEDA Madani Tahun 2025 Peringkat Parlimen Padang Serai di Desa KEDA Nagalilit, Kulim.
——————————-

——————————-