PROJEK PENANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT TANAH KEDA
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2022 sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukan bertujuan membangunkan ladang-ladang tanah hak milik KEDA dan akan diuruskan secara komersial dengan tanaman kelapa sawit oleh Anak Syarikat KEDA. Keseluruhan keluasan ladang KEDA ialah 666 ekar yang melibatkan Ladang Sungai Tengas, Ladang Dingin, Ladang Carok Kelubi dan Ladang Rambong.
Jadual 14 : Jadual Keluasan Ladang
BIL | KAWASAN | KELUASAN
(EKAR) |
1. | Ladang Sungai Tengas, Kulim | 439 |
2. | Ladang Dingin, Kulim | 30 |
3. | Ladang Carok Kelubi | 86 |
4. | Ladang Rambong, Baling | 111 |
JUMLAH KESELURUHAN | 666 |
OBJEKTIF
- Membantu negara dalam industri sawit dan mengekal negara sebagai negara pengeluar minyak sawit utama di dunia.
- Membantu memulihkan tanaman-tanaman yang kurang berhasil kepadamtanaman yang lebih ekonomik serta tana-tanah yang sedia ada dapat digunakan secara optima.
- Membantu Malaysia dalam menghasilkan bekalan minyak sawit yang mencukupi bagi pasaran domestik dan luar negara.
- Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan yang miskin untuk menambah pendapatan keluarga.
- Memajukan kawasan luar bandar yang terpencil, mundur dan terbiar kepada kawasan yang ekonomi mapan, lengkap dengan prasarana fizikal
SKOP DAN KOMPONEN
- Pembersihan dan penyediaan kawasan
- Membina teres
- Membina/menaiktaraf jalan ladang
- Operasi tanaman sawit
- Membina setor/ pusat pengumpulan/ pejabat
- Pengoperasian ladang