PROJEK PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN BERKAITAN DI PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) NAPOH, JITRA

LATAR BELAKANG

Projek Penambahbaikan Infrastruktur dan Kemudahan Berkaitan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh, Jitra, Kedah merupakan projek yang dilaksanakan bagi menambah baik sistem persimpangan jalan sedia ada bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan Kajian Traffic Impact Assessment (TIA) dan Road Safety Audit (RSA). Projek PKD Napoh diluluskan dalam RMKe-12 dengan siling peruntukan sebanyak RM6,000,000.00.

OBJEKTIF :

  1. Menambahbaik sistem persimpangan jalan sedia ada bagi memberi kemudahan perjalanan pengunjung yang keluar masuk ke PKD Napoh dan pengguna jalan raya yang lain;
  2. Menambah bilangan pengunjung ke PKD Napoh dengan akses yang lebih mudah dan selamat terutamanya kepada kenderaan berat seperti bas yang membawa pelancong;
  • Menyelesaikan isu perniagaan tepi jalan di sekitar PKD Napoh yang menjalankan perniagaan di bahu Jalan Napoh ke Padang Sera; dan
  1. Memenuhi syarat keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Teknikal yang lain bagi mendapatkan kelulusan pembangunan keseluruhan Kompleks PKD Napoh.

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Perlebaran jalan di kawasan Lebuhraya Utara selatan (Pekan Napoh) dan antara persimpangan Pekan Napoh ke Padang Sera;
  2. Kerja-kerja pengalihan semula rangkaian perkhidmatan bawah tanah serta penambahbaikan lampu isyarat di persimpangan PKD Napoh; dan
  • Kerja-kerja infrastruktur lain yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa.