PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR

LATAR BELAKANG

Projek ternakan ikan air tawar adalah projek yang dilaksanakan oleh KEDA bagi Membantu meningkatkan pendapatan peserta dengan menjadikan projek ini sebagai sumber ekonomi mereka dengan membesarkan dan memperkemaskan projek ternakan ikan air tawar sedia ada agar boleh mencapai saiz pengeluaran ikan air tawar yang besar dan komersil serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dan menguntungkan. Selain itu, ia juga mengaktifkan projek ternakan ikan air tawar yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang ternakan ikan air tawar serta Mewujudkan lebih ramai usahawatani di kalangan penduduk luar bandar yang aktif dalam bidang ternakan ikan air tawar yang berwawasan dan berdaya saing.

OBJEKTIF

  1. Membantu meningkatkan pendapatan peserta dengan menjadikan projek ini sebagai sumber ekonomi mereka.
  2. Membesarkan dan memperkemaskan projek ternakan ikan air tawar sedia ada agar boleh mencapai saiz pengeluaran ikan air tawar yang besar dan komersil serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan      pengeluaran yang berkualiti dan menguntungkan.
  3. Mengaktifkan projek ternakan ikan air tawar yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang ternakan ikan air tawar.
  4. Mewujudkan lebih ramai usahawatani di kalangan penduduk luar bandar yang aktif dalam bidang ternakan ikan air tawar disamping mewujudkan usahawantani yang berwawasan dan berdaya saing.

 

 

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pembinaan dan menaiktaraf infrastruktur serta bangunan
  2. Input pertanian
  3. Pembelian dan pembinaan tube well
  4. Pembelian bahan dan peralatan
  5. Mesin pemprosesan