PROJEK PEMBINAAN BENGKEL TEKNOLOGI MOTOSIKAL DI KOLEJ KEDA SIK

LATAR BELAKANG

Dalam tempoh RMKe-12, Kolej KEDA menjalankan fungsinya sebagai sebuah pusat latihan yang menawarkan latihan kemahiran dan pembangunan modal insan kepada belia dan beliawanis. Kolej KEDA sedang berusaha menambah bilangan kursus kemahiran yang dilaksanakan termasuk meningkatkan tahap-tahap kursus kemahiran selaras dengan keperluan pembangunan negara dan pembangunan negeri Kedah.

Peruntukan sejumlah RM 3,083,299.00 telah diluluskan bagi melaksanakan Projek Pembinaan Bengkel Teknologi Motosikal Di Kolej KEDA Sik.

OBJEKTIF PROGRAM/ PROJEK

 

  1. Menaiktaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  2. Menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran memenuhi kehendak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Menambah nilai hartanah KEDA dengan pembangunan fizikal yang berada di lokasi yng strategik agar lebih memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

 

SKOP

Pembinaan Bengkel Teknologi Motosikal

KOMPONEN

  1. Ruang Amali
  2. Bilik Tutorial
  • Setor
  1. Tandas Lelaki
  2. Tandas Perempuan