PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN UNTUK GOLONGAN TN50 DI KOLEJ KEDA YANG MEMENUHI KEHENDAK SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAN SURUHANJAYA TENAGA (ST)

LATAR BELAKANG

 

Kolej KEDA telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai pusat bertauliah yang menyediakan latihan kemahiran dan pembangunan modal insan.

Bagi merealisasikan tanggungjawab tersebut, Kolej KEDA telah melaksanakan 8 Kursus kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kekompetenan (Pendawai), Kolej KEDA telah melahirkan tenaga mahir yang kompeten terdiri daripada golongan belia dan beliawanis luar bandar.

Melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), peruntukan sebanyak RM 900,000.00 telah diselaraskan secara Notice of Change (NOC) bagi melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Kolej KEDA pada tahun 2022 berikutan permohonan peruntukkan untuk pembangunan kemahiran tidak diluluskan.

OBJEKTIF

 

  1. Memberi maklumat, ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat sasaran dalam pelbagai kegiatan ekonomi.
  2. Memperbaiki dan mengembangkan kemahiran kumpulan sasar dengan pelbagai bidang pekerjaan dalam kawasan KEDA.
  3. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang dirancang oleh KEDA
  4. Mengurangkan kadar keciciran di peringkat sekolah dengan memberi latihan kemahiran untuk kelangsungan masa depan belia luar bandar.


SKOP DAN KOMPENAN

  1. Menjadi Pusat Latihan Bertauliah bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).
  1. Menaiktaraf Komponen Latihan Berteknologi Terkini mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional (SKPK) dan Infrastruktur Latihan yang lain serta Sistem Penilaian/ Peperiksaan yang melibatkan program-program berikut :
  2. Teknologi Kimpalan
  3. Teknologi Motosikal
  • Teknologi Elektrik
  1. Teknologi Fabrik Wanita
  2. Teknologi Fabrik Lelaki
  3. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Masakan