BANTING – Bagi memastikan semua peruntukan projek pembangunan yang diterima bagi tahun ini dapat memberi manfaat yang optimum kepada kumpulan sasar, satu bengkel penyelarasan telah dianjurkan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Bengkel Pemantapan dan Penyelarasan Projek/Program Pembangunan RP4 RMKe-12 KEDA bagi Tahun 2024 telah dianjurkan oleh Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian di Gold Coast International Resort, di sini.
Bengkel 3 hari 2 malam bermula 5 Januari 2024 sehingga 7 Januari 2024 ini telah dihadiri oleh 51 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari bahagian, unit, pejabat KEDA Zon dan Kolej KEDA.
Antara yang diperbincangkan dalam bengkel ini adalah meliputi pengenalpastian gerak kerja, Key Performance Index (KPI) serta kemungkinan halangan dan cabaran yang ditempuhi dalam pelaksanaan projek ini.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan para peserta bengkel bagi lebih mendalami semua 25 projek yang akan dilaksanakan KEDA kelak.
Beliau dalam ucapannya ketika majlis penutup bengkel ini menyeru agar semua bekerja sebagai satu pasukan bagi menjayakan projek yang dirancang.
“Kita pasti akan menempuh pelbagai cabaran dan halangan untuk melaksanakan projek-projek ini.
Oleh itu, semua perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran mendatang.
Permintaan saya, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan agar kumpulan kita ini sentiasa istiqamah dengan perancangan yang telah di atur,” ujar beliau.
KEDA telah diluluskan sebanyak 25 projek pembangunan bagi tahun 2024 dengan peruntukan berjumlah RM50.716 juta.
PROGRAM PENGHAYATAN TAHUN BAHARU 2024 DI DESA KEDA ULU LEGONG
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM PENGHAYATAN TAHUN BAHARU 2024 DI DESA KEDA TELUK TEDURI
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPENDUDUK LEGA DAN SAMBUT BAIK PROJEK SPIKE
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA LANCAR PROJEK PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI WILAYAH KEDA (SPIKE)
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPEGAWAI KEDA HADIRI BENGKEL PENYELARASAN KOMUNIKASI STRATEGIK BERSAMA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KKDW DAN PEGAWAI MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM AGENSI
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM PENGHAYATAN TAHUN BARU WARGA MADANI DESA KEDA ZON 4, SIK
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA OPTIMIS UNTUK BERKOLABORASI DENGAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH UNTUK PEMBANGUNAN MASYARAKAT DESA
/in Arkib 2024 /by Upload@keda“HAYATI ASPIRASI DESA MADANI KKDW”, PENGERUSI KEDA
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA TERIMA PERUNTUKAN RM83.216 JUTA BAGI TAHUN 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA PERKEMAS MODUS OPERANDI PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@keda