PROGRAM PENGHAYATAN TAHUN BARU 2024 WARGA MADANI DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI
LANGKAWI – Pejabat Pembangunan Zon 1, Langkawi tidak ketinggalan mengadakan Program Penghayatan Tahun Baru 2024 Warga Madani Desa KEDA Wang Tok Rendong sempena menghayati Ambang Tahun Baru 2024 baru-baru ini.
Program Penghayatan Tahun Baru 2024 Warga Madani Desa KEDA Wang Tok Rendong berlangsung jayanya dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Daerah Langkawi dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Langkawi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat bagi mengisi maklumat individu atau isi rumah ke dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membantu kerajaan dalam mengumpul data dan melaksanakan subsidi bersasar dengan lebih telus supaya memastikan golongan yang disasarkan tidak tercicir.
Seramai 113 orang direkodkan hadir bagi mengisi maklumat individu atau isi rumah ke dalam Sistem PADU.
Pada 2 Januari 2024 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan pelancaran Sistem PADU yang merupakan inisiatif kerajaan yang amat baik bagi menghubungkan data dalam satu sistem yang bersepadu dengan menggabungkan semua maklumat dari jabatan dan agensi kerajaan.
Selain itu, dalam masa yang sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Langkawi turut menyediakan program dan perkhidmatan kepada warga Desa KEDA Wang Tok Rendong seperti Pendaftaran Id Apps MyJPJ dan juga pemeriksaan motosikal yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Seramai 20 orang telah mendaftar Id Apps MyJPJ dan 10 motorsikal tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) melebihi 3 tahun berjaya diperiksa.
Semoga program ini membawa manfaat yang berkekalan kepada komuniti, memperkukuhkan jalinan masyarakat serta meningkatkan komuniti hidup bersama.