RAMAH MESRA KSU KKDW BERSAMA PENDUDUK DESA KEDA TELUK BEREMBANG
LANGKAWI – Penduduk Desa KEDA Teluk Berembang bertuah kerana mendapat kesempatan untuk beramah mesra bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Sesi ramah mesra yang berlangsung awal pagi ini adalah bersempena lawatan kerja KSU KKDW ke Negeri Kedah yang diurus selia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Ketibaan KSU KKDW disambut mesra oleh penduduk desa yang terdiri diketuai oleh Jawatankuasa 4P (Pasukan Perancang dan Pelaksana Program) desa ini.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar dan pengurus-pengurus bahagian KEDA iaitu Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi (PPZ 1), Encik Othman bin Hashim dan staf Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi.
Tetamu yang hadir telah disaji dengan menu sarapan pagi popular negeri ini seperti pulut dengan ikan kering dan sambal bilis, lempeng kelapa (peknga) dan gulai ikan temenung dan ubi rebus.
Majlis bermula dengan sesi taklimat desa oleh PPZ 1 berkaitan sejarah pembinaan desa termasuk kemudahan prasarana dan naikrtaraf desa KEDA ini.
Seterusnya KSU KKDW menyerahkan sumbangan beras kepada penduduk bagi membantu mengurangkan bebanan harian penerima.
Terima kasih KSU KKDW kerana sudi bersama penduduk desa KEDA. Semoga kenangan ini akan terus terpahat di hati penduduk Desa KEDA Teluk Berembang.