6 DESA KEDA DAERAH SIK JAYAKAN PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJ

SIK – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 4, Sik tidak melepaskan peluang bagi mengimarahkan hari kebesaran Islam dengan menganjurkan ceramah agama sempena sambutan Israk dan Mikraj 1445H.
Seramai 750 penduduk di 6 Desa KEDA Daerah Sik berjaya merai Sambutan Israk dan Mikraj di Desa KEDA masing-masing baru-baru ini.
Antara Desa KEDA terlibat iaitu Desa KEDA Sungai Senam, Desa KEDA Sungai Semiar, Desa KEDA Kota Aur, Desa KEDA Telaga Batu, Desa KEDA Bendang Man dan Desa KEDA Gulau.
Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong kebersihan dan kecerian surau, ceramah Israk dan Mikraj dan berakhir dengan jamuan makan.
Ceramah menumpukan kepada penghayatan makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj serta mengeratkan hubungan baik antara KEDA dengan penduduk sekitar.
Hadir menjayakan program ialah Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Mohd Noor Farzli bin Adenan.
Israk dan Mikraj merupakan antara tanda kekuasaan Allah SWT yang diperlihatkan kepada hambanya. Peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi orang-orang muslim dan ia kekal terpahat dalam lipatan sejarah Islam.