KSU KKDW MELIHAT KEINDAHAN KILIM GEOFOREST PARK DENGAN BESTTUBA
LANGKAWI – Semua mengetahui keindahan dan kecantikan alam semula jadi di Langkawi. Ini termasuklah Kilim Geoforest Park, tapak warisan geologi pertama di Asia Tenggara.
Ini dirasai sendiri oleh delegasi Lawatan Kerja Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Negeri Kedah.
Lawatan yang diurus selia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah KEDA ini telah dihadiri oleh KSU KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun dan diiringi oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar Operasi, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Othman bin Hashim dan kakitangannya.
Kesemua tetamu dibawa menelusuri kawasan ini dengan menaiki bot BestTuba, salah satu koperasi yang menerima peruntukan Program Desa Lestari dibawah KKDW dan diuruskan oleh agensi KEDA.
Selain itu, para tetamu turut diberi kesempatan untuk merasai aktiviti memberi makan helang dan restoran terapung di Kilim.
Lokasi ini juga turut dilawati oleh pelancong luar negara yang sudah tahu mengenai keindahan Kilim ini.