SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ DI DESA KEDA PONG SELATAN
PADANG TERAP – Aktiviti malam penduduk Desa KEDA Pong Selatan, di sini diserikan dengan sambutan Israk dan Mikraj apabila Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap bersama Jawatankuasa Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA ini mengadakan Ceramah Israk dan Mikraj.
Dengan objektif menyemarakkan sambutan hari kebesaran Islam, program seperti ini adalah aktiviti yang baik dalam kita merenung peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi orang-orang muslim dan kekal dalam lipatan sejarah Islam.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan kemudiannya diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj bertajuk “Perjalanan Israk dan Mikraj” telah disampaikan oleh Al Fadhil Noor Mohd Hidayat.
Antara lain yang dikongsi iaitu beliau mengajak umat islam memperbanyakkan amal ibadah termasuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.