PENDUDUK DESA KEDA TELUK BEREMBANG SAMBUT BAIK PELAKSANAAN SISTEM PADU
LANGKAWI – Seramai 266 penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Teluk Berembang dan sekitar Pulau Tuba di sini menyokong dan menyambut baik pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Sehubungan itu, Penduduk Desa KEDA Teluk Berembang dan sekitar Pulau Tubu menyokong dengan mengemaskinian PADU keluarga masing-masing sempena Program Pengemaskinian PADU Bersama Komuniti KEDA dan Penduduk Pulau Tuba di Dewan Desa KEDA itu.
Program yang diadakan selama 2 hari itu cukup membantu penduduk dalam melengkapkan PADU kerana diberi tunjuk ajar dan panduan bersama Jabatan Perangkaan.
KEDA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dalam membantu kerajaan ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.