KOLEJ KEDA TERIMA NAZIRAN BPO JPA
SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KOLEJ KEDA) telah menerima kunjungan Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena naziran perjawatan dan organisasi agensi.
Pegawai dari BPO JPA yang hadir adalah Ketua Penolong Pengarah BPO, Encik Nisra Nisran bin Angit@Asra Ramlan dan Penolong Pengarah BPO, Encik Muhamad Aminurashid bin Md. Ali.
Pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga turut hadir bersama iaitu Ketua Penolong Setiausaha, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia, Encik Muhammad Rifqi bin Zulkifli serta Penolong Pengarah Pengurusan Kolej KEDA, Encik Muhammad Fikhri bin Zulkifli dan Encik Muhammad Luqman bin Nazari.
Rombongan naziran telah diberikan taklimat dan melawat bengkel-bengkel kemahiran terdapat di ini.
Naziran Perjawatan dan Organisasi adalah merupakan aktiviti pemeriksaan, penilaian dan pemantauan ke atas pematuhan prinsip perjawatan, perskiman dan struktur organisasi yang telah diluluskan semasa penubuhan atau kelulusan perubahan bergantung kepada permohonan perjawatan, keperluan terkini dan arahan semasa Kerajaan ke atas sesebuah organisasi.
Kolej KEDA adalah sebuah kolej di bawah KEDA yang menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dengan menawarkan 7 Bidang Kemahiran iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Motosikal, Teknologi Makanan, Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan Teknologi Automotif.
Program-program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga.