KOLEJ KEDA TERIMA ANUGERAH LIMA BINTANG PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

KOLEJ KEDA TERIMA ANUGERAH LIMA BINTANG PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

BUKIT MERTAJAM – Tahniah! Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima Anugerah Lima Bintang bagi Penarafan Tunggal Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahun 2023.
Penarafan ini telah dianugerahkan semasa Karnival Jelajah Madani Jom Masuk TVET Zon Utara 2024 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Pulau Pinang.
Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Hajah Norison Binti Ramli.
Hadir menerima anugerah ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Penolong Pengarah Sektor TVET Kolej KEDA, Encik Muhammad Luqman bin Nazari dan Ketua Unit Akademik Kolej KEDA, Encik Ahmad bin Abdul Lateh.
Objektif penilaian penarafan ini dijalankan adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik menerusi pengharmonian sistem penarafan institusi bagi memperbaiki sistem kebolehbandingan.
Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini dapat meninggikan lagi imej dan kualiti Kolej KEDA sebagai institusi TVET pilihan para belia dan menyemarakkan lagi penyampaian serta pengurusan TVET di Kolej KEDA agar lebih cemerlang dan kondusif seiring dengan kehendak negara dalam melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan berdaya saing.
Syabas Kolej KEDA! Terbaik!