DEMONTRASI BOMBA MERIAHKAN PROGRAM BACK TO SCHOOL DESA KEDA KAMPUNG BUKIT, POKOK SENA
POKOK SENA – Taklimat dan demontrasi memadam kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia antara aktiviti yang menarik perhatian penduduk sempena Program Back To School di Desa KEDA Kampung Bukit, di sini baru-baru ini.
Program Back To School di Desa KEDA Kampung Bukit meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan dan menarik kira-kira 200 penduduk setempat.
Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena menjayakan program ini dengan kerjasama baik dari Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Kampung Bukit bersama Jabatan Penerangan Daerah Pokok Sena, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Pokok Sena.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi penerangan berkenaan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan Pokok Sena dan penduduk juga diberi peluang untuk membuka akaun SSPN di kaunter yang disediakan.
Program menarik perhatian penduduk apabila Jabatan Bomba dan penyelamat mengadakan taklimat dan demontrasi memadamkan kebakaran sebagai langkah awal dalam menghadapi bencana kebakaran dan kecemasan kepada penduduk.
Selain itu, tidak terkecuali turut diadakan Sukaneka Peringkat Desa KEDA Kampung Bukit bagi meraikan kanak-kanak setempat yang diadakan di perkarangan Dewan Desa KEDA Kampung Bukit dalam mengisi masa lapang cuti persekolahan mereka.