MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BIL.1/2024

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BIL.1/2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 1 bagi Tahun 2024 di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar di sini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.
Mesyuarat Lembaga Pengarah KEDA diadakan bagi melaporkan, membincang, meneliti dan membuat keputusan dalam menambahbaik gerak kerja operasi KEDA.
Pengerusi turut meraikan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah yang baru dalam mesyuarat kali ini iaitu Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEDA, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan tiga wakil Profesional, Dato’ Aminuddin bin Omar, Dato’ Dr Aswandi bin Haji Mohamed Hashim serta Encik Ridzwan bin Abu Bakar.
Dalam pada itu, mesyuarat ini antara lain turut membincangkan pencapaian KEDA dalam melaksanakan program dan projek bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi tahun 2024.