DESA KEDA NAGALILIT BERI SOKONGAN PELAKSANAAN PADU

DESA KEDA NAGALILIT BERI SOKONGAN PELAKSANAAN PADU

KULIM – Penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Nagalilit, di sini menyokong dan menyambut baik pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Program anjuran Pejabat KEDA Zon 6, Kulim bersama Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) ini mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program untuk memberi kemudahan dan tunjuk ajar kepada komuniti desa sekitar.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.
Program turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mengadakan taklimat asas dan pengisian Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilaksanakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Desa KEDA Nagalilit.
Hal ini seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri yang mahukan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dapat membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negara ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mahukan rakyat tidak terkecuali dalam pendataan yang holistik.
Terima kasih DOSM Kedah