SUMBANGAN RAMADAN SEMPENA PERJUMPAAN PENGURUS BESAR BERSAMA WARGA KEDA

SUMBANGAN RAMADAN SEMPENA PERJUMPAAN PENGURUS BESAR BERSAMA WARGA KEDA

ALOR SETAR – Perjumpaan Khas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bersama warga KEDA berlangsung meriah dengan penyerahan sumbangan sempena Ramadan kepada staf yang hadir.
Sumbangan Ramadan berupa buah kurma dan bubur lambuk ini adalah sumbangan dari Kelab Kebajikan, Kebudayaan dan Sukan KEDA.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dalam ucapan beliau terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada Kolej KEDA atas kejayaan menerima Anugerah 5 Bintang bagi penarafan tunggal Program TVET di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) baru-baru ini.
“Saya berharap dengan kejayaan penarafan ini akan memberi lebih kepercayaan kepada rakyat negeri ini terhadap kemampuan Kolej KEDA sebagai salah satu pilihan institusi TVET di negeri ini,”.
Ini adalah salah satu kejayaan KEDA di awal tahun 2024 termasuk program-program dalaman dan peringkat nasional yang berjaya KEDA rencanakan.
Sementara itu, beliau berpesan agar kakitangan KEDA mengekalkan prestasi terbaik walaupun dalam bulan puasa ini sebagai contoh kepada rakan-rakan lain.
Beliau yang sebelum ini pernah mengarahkan Hari Sukan dan Riadah KEDA menambah bahawa aktiviti ini boleh diteruskan bagi yang mampu dan boleh juga diganti dengan aktiviti kerohanian dalam menyerikan sebulan Ramadan ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kurma dan bubur lambuk kepada semua pegawai dan kakitangan KEDA.