PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA ULU BAKAI, BALING

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA ULU BAKAI, BALING

BALING – Kemeriahan bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1445/2024M diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Desa KEDA Ulu Bakai, Baling di sini.
Pengimarahan ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan oleh semua penduduk Desa KEDA dan penduduk setempat.
Program anjuran besama Pejabat KEDA Zon 5, Baling dan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA ini meriah dengan semangat gotong-royong yang ditonjolkan penduduk setempat.
Program pengimarahan dimulakan dengan majlis bacaan tahlil dan doa selamat yang telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad b. Hj. Abdullah dari Kampung Ulu Bakai.
Seterusnya, program dimeriahkan lagi dengan majlis iftar bersama penduduk Desa KEDA serta tetamu yang hadir. Setelah itu, Surau Desa KEDA turut diimarahkan dengan berjemaah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih.
Hadir menjayakan program iaitu Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil.