MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM

MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM

KULIM – Pejabat KEDA Zon 6, Kulim dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Bagan Sena telah mengadakan Majlis Iftar Perdana zon ini.
Program ini menarik kerana mengumpulkan rakan-rakan penduduk dari 2 Desa KEDA zon ini iaitu Desa KEDA Dingin dan Desa KEDA Nagalilit.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 6, Kulim, Encik Muhammad Hakim bin Ahmad Nadzir.
Lebih meriah, majlis ini turut menerima kunjungan staf KEDA dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Komunikasi Korporat dan Pejabat KEDA Zon 6 sendiri.
Majlis yang menerima kehadiran 100 orang tetamu dimulakan dengan tahlil yang dipimpin oleh Pengurus Pejabat Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim bin Zainal Abidin.
Sebelum berbuka, sesi penyerahan bantuan kepada asnaf turut diadakan dengan 5 orang menerima bantuan keperluan harian seperti beras dan sebagainya.
Majlis diakhiri solat terawih secara berjemaah dan moreh dari penduduk Desa KEDA ini.
Semoga program pengimarahan dan santunan KEDA lepas penduduk desa ini menyimpan pelbagai kenangan terutama dalam memperkukuh silaturahim antara sesama penduduk.