PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DAN IFTAR JAMAIE TSR SUNGAI TOH PAWANG

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DAN IFTAR JAMAIE TSR SUNGAI TOH PAWANG

SUNGAI PETANI – Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/ Yan dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Taman Sejahtera Rakyat (TSR) Sungai Toh Pawang telah mengadakan Program Pengimarahan Ramadan dan Iftar Jamaie baru-baru ini.
Program telah dimulakan dengan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Imron Kochem bin Hj Ahmad dari PERKIM Cawangan Kuala Muda dengan tajuk ‘Ramadan dan Kemuliaanya’.
Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan majlis berbuka puasa. Majlis diakhiri solat terawih secara berjemaah.
Majlis turut dihadiri Pengurus Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan yang mewakili Pengurusan KEDA.
Program ini yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan al-mubarak dan merapatkan silaturahim pengurusan KEDA bersama penduduk desa-desa KEDA.
Diharapkan agar program ini akan meningkatkan amalan dan ibadah warga Desa KEDA serta dapat menghayati kemuliaan bulan yang penuh keberkatan ini.
Turut hadir adalah kakitangan BPPP, Pejabat KEDA Zon 7, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK) dan wakil Unit Audit Dalam (UAD) serta 150 orang penduduk TSR Sungai Toh Pawang.