MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 5, BALING DI MASJID ULU LEGONG

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 5, BALING DI MASJID ULU LEGONG

BALING – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 5, Baling telah menajdi lokasi seterusnya untuk Majlis Berbuka Puasa Perdana sempena Ramadan Al-Mubarak.
Majlis telah berlangsung dengan harmoni di Masjid Ibadurrahman Qariah Kampung Ulu Legong dan mendapat kerjasama dari jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Ulu Legong, jawatankuasa Masjid Ulu Legong serta kariah setempat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Kewangan KEDA, Encik Adnan bin Darus.
Antara pegawai lain yang hadir adalah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Zahir bin Hasan dan Ketua Unit Perolehan, Puan Nor Hidayah binti Zakaria serta staf Bahagian Kewangan KEDA dan Pejabat KEDA Zon 5 sendiri.
Lebih menarik, turut memeriahkan majlis adalah penduduk desa-desa KEDA yang hadir dari seluruh daerah ini. Merekan hadir dengan semangat kebersamaan dan harmoni desa di sini.
Turut diadakan sesi penyampaian bantuan sumbangan kepada warga emas dan asnaf oleh pihak Masjid Ulu Legong.
Sebelum berbuka, bacaan tahlil ringkas dan doa berbuka puasa telah diketuai oleh Imam Masjid, Ustaz Zainal bin Ramli.
Majlis ini dimeriahkan lagi Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih secara berjemaah. Menariknya sesi tazkirah turut diadakan selepas terawih dengan membicarakan isu berkaitan fadilat Bulan Ramadan.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Ramadan Kareem.