SESI PERBINCANGAN MODUL PELAN TINDAKAN KEMAJUAN PROGRAM KAMPUNGKU SAYANG KKDW DI DESA KEDA TEPI SUNGAI
SUNGAI PETANI -Bahagian Komuniti Desa (KD), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan sesi perbincangan modul Pelan Tindakan Kemajuan Kampung (PTKK), Program Kampungku Sayang di Desa KEDA Tepi Sungai.
Program Kampungku Sayang merupakan program rintis di 5 buah kampung di seluruh negara dan salah satu kampung yang dipilih dibawah program ini adalah Desa KEDA Tepi Sungai, Kuala Muda.
Sesi ini diadakan bagi mengenalpasti kelemahan yang boleh ditingkatkan oleh sesebuah kampung dibawah 9 teras yang telah digariskan bagi mewujudkan kampung gred A dibawah KKDW.
Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Tepi Sungai telah diberikan pendedahan bagaimana mengatasi kelemahan yang ada seterusnya meningkatkan gred pencapaian kampung.
Sesi ini diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) BKD KKDW Puan Norashikin Mohamad Nawawi bersama 5 orang pegawai dan dibantu urusetia daripada Bahagain Pembangunan Komuniti (BPK) KEDA dan Kakitangan Pejabat KEDA Zon 7 (Kuala Muda/Yan).
Turut hadir didalam program ini ialah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar Omar, kakitangan BPK, Kakitangan BPPP serta kakitangan PKZ 7 Kuala Muda/Yan.
Delegasi terus bersama penduduk desa ini dalam memeriahkan majlis iftar di sini. Di dalam majlis ini, Ustaz Mohd Denin Saidin, Pengajar Agama KEDA telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadan dan seterusnya menjadi Imam bagi Solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
Diharapkan agar sesi ini akan membuka ruang dan peluang kepada penduduk Desa KEDA Tepi Sungai meningkatkan keupayaan dan pencapaian kampung mereka seterusnya dinobatkan sebagai Kampung Gred A KKDW.