TUGAS BESAR MENANTI KOLEJ KEDA DALAM MEMPROMOSIKAN TVET

TUGAS BESAR MENANTI KOLEJ KEDA DALAM MEMPROMOSIKAN TVET

SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mempunyai tugasan yang cukup besar dalam membantu mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada para belia di negeri ini.
Ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff sewaktu menyempurnakan Majlis Iftar Perdana Kolej KEDA Bersama Pengurusan KEDA di sini.
TVET adalah merupakan salah satu agenda besar dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada Februari yang lalu dan bagi KEDA, Kolej KEDA adalah wakil kepada agensi dalam membawa gagasan idea ini.
“Tahniah buat Kolej KEDA untuk kejayaan mengekalkan Anugerah 5 Bintang bagi Penarafan Tunggal TVET untuk kali kedua berturut-turut.
“Dengan TVET menjadi salah satu agenda Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), warga kolej mempunyai tugasan mencabar untuk memastikan TVET sentiasa hangat di pasaran.
Tanamkan dalam diri masing-masing bahawa
TVET bukan pilihan kedua, TVET pilihan utama kerjaya,”.
Turut hadir dalam majlis yang mendapat sambutan 350 orang ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Ismasuhaimi Sharif