MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEDA BULAN MAC TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEDA BULAN MAC TAHUN 2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Mac di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini, hari ini.
Majlis dihadiri 300 kakitangan dari Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Zon serta Kolej KEDA.
Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata, pada tahun 2024, KEDA menerima peruntukan keseluruhan RM81.216 juta meliputi RM50.716 juta (bajet pembangunan) dan RM30.5 juta (bajet pengurusan).
“Berdasarkan prestasi semasa sehingga Mac 2024, saya memohon semua pihak memandang ini sebagai satu bentuk penegasan bagi mempercepatkan perbelanjaan agar sentiasa on track,”.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KEDA Bulan Mac Tahun 2024 di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan kakitangan KEDA agar mentitikberatkan keberhasilan (outcome) berbanding kuantiti projek yang dijalankan seperti mana ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri ketika Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pendang baru-baru ini.
Dalam majlis ini diadakan penyampaian cederahati kepada dua pesara wajib KEDA iaitu Puan Rohana binti Ramzuan dari bahagian Hartanah dan Prasarana (BHP) dan Encik Ismail bin Abdullah dari Bahagian Kewangan.
Seterusnya, turut diadakan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada semua kakitangan dan majlis diakhiri dengan sesi pengenalan kakitangan baharu KEDA dan sesi bermaaf-maafan sempena Sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.