CERAMAH SEMPENA 10 RAMADAN TERAKHIR

CERAMAH SEMPENA 10 RAMADAN TERAKHIR

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Surau An-Nur KEDA telah menganjurkan Program Ceramah Sempena 10 hari terakhir Ramadan 1445 Hijrah.
Program yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau An-Nur KEDA ini telah diadakan di Surau An-Nur Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Ceramah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Zahir Negeri Kedah, Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad dengan tajuk ‘Keberkatan Yang Ada Padanya’.
Program diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Ceramah ini menyentuh mengenai merebut peluang pada 10 malam terakhir Ramadan kerana setiap mukmin mengimpikan malam Lailatul Qadar kerana terdapatnya kelebihan yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang sentiasa mencari keredaanNya pada malam itu.
Antara lain yang dikongsi iaitu agar semua kakitangan KEDA dapat mengambil peluang untuk beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak pada hari biasa.
“Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Selain itu, segala kebaikan yang kita kerjakan juga akan dilipatgandakan pahalanya. Apalagi jika semasa kita berbuat kebaikan seperti sedekah jariyah, berinfak atau memberi makan seumpamanya.” katanya.
Di samping itu, katanya, Rasulullah SAW apabila tibanya Ramadan akan menjadi sangat pemurah dan kakitangan KEDA digalakkan untuk mencontohi amalan terpuji Baginda, iaitu rajin bersedekah, berinfak dan berwakaf.