KEDA RAI PENGAMAL MEDIA DI KEDAH

KEDA RAI PENGAMAL MEDIA DI KEDAH

ALOR SETAR – Lebih 50 ahli Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dirai dalam Majlis Iftar Lembaga Kemajuan Wilayah Keda (KEDA) bersama Pengurus Besarnya, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff di Menara Alor Setar, di sini, malam tadi.
Majlis itu diadakan untuk menghargai pengamal media yang memberi sokongan dan sumbangan yang banyak membantu menyebar luas liputan untuk meningkatkan kefahaman awam mengenai perkhidmatan dan peranan KEDA.
Hadir sama dalam Majlis itu, Ketua Menara Alor Setar, YBhg. Encik Mohamad Zamri bin Abdul Razak, Pengerusi Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Encik Adie Surie bin Zulkefli, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Hajah Afifah binti Haji Omar.
Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha KEDA dalam memacu kemajuan masyarakat luar bandar.
Dalam konteks KEDA, media merupakan kumpulan komuniti penting yang mesti sentiasa bekerja bersama-sama untuk menyampaikan naratif positif yang bertujuan menjadikan masyarakat kita lebih baik.
“Saya percaya, melalui symbiotic relationship di antara kerajaan dan media massa akan dapat membantu melahirkan pasukan komunikasi di kalangan organisasi kerajaan yang lebih cekap dalam mengendalikan maklumat.
“Saya yakin, dalam dunia hari ini, untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat, KEDA tidak boleh solo dan bertindak sendiri. Pengamal media adalah platform pemangkin paling ampuh untuk membantu menghebahkan pakej rangsangan di KEDA,” katanya.