SESI KUNJUNG HORMAT DELEGASI REJIMEN 513 ASKAR WATANIAH KE KEDA

SESI KUNJUNG HORMAT DELEGASI REJIMEN 513 ASKAR WATANIAH KE KEDA

ALOR SETAR – Pihak Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berbesar hati apabila menerima kunjung hormat dari Rejimen 513 Askar Wataniah ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Delegasi Askar Wataniah yang dianggotai oleh 5 orang pegawai ini diketuai oleh Timbalan Komander Leftenan Kolonel Kamarulrazaimi bin Abd Razak.
Ketibaan delegasi ini telah disambut baik oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Lawatan kunjung hormat ini bertujuan bagi mengetahui mengenai operasi KEDA dan kerjasama yang boleh dijalinkan menerusi program-program KEDA di Desa-Desa KEDA. Antara perkara yang dibincangkan adalah promosi keanggotaan askar wataniah dalam kalangan penduduk Desa-desa KEDA, pelatih dan staf di Kolej KEDA serta kakitangan KEDA.
Semoga ikatan yang dijalinkan ini akan berkekalan dan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan.