KEDA MENYANTUNI USAHAWAN BIMBINGANNYA

KEDA MENYANTUNI USAHAWAN BIMBINGANNYA

KUBANG PASU – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyantuni dan merai usahawan bimbingannya dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) di Napoh, Jitra.
Seramai 400 tetamu hadir meriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) termasuk usahawan-usahawan bimbingan KEDA di bawah BPU dan penyewa premis.
Hadir memeriahkan sambutan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBrs. Encik Mohd Kamal bin Husin dan Pengurus Besar KEDA, YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Pelbagai juadah menarik disediakan dari 16 usahawan antaranya satay, ayam goreng, kuih-muih, rojak, popcorn, kopi Biggy Ahli Kopi, laksa, mee dan kuetiau goreng dan aneka minuman.