MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH

KUBANG PASU – Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun telah hadir dan mempengerusikan sendiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah.
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah akan dikelolakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah akan diadakan pada 4 Mei, bermula jam 7.00 malam hingga 11.00 malam di Darul Aman Park, Jitra.
YBhg. Ketua Setiausaha KKDW mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak dan berharap program ini akan berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan.
Pada majlis itu nanti, dianggarkan 10,000 tetamu akan hadir memeriahkan sambutan.