KEDA HADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN BAJET ROLLING PLAN KELIMA, RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RP5, RMK-12) KKDW

KEDA HADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN BAJET ROLLING PLAN KELIMA, RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RP5, RMK-12) KKDW

PUTRAJAYA – Seramai 12 orang pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bajet bagi Permohonan Program Pembangunan Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP5, RMK-12) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2025.
Delegasi KEDA yang diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah hadir ke mesyuarat ini yang diadakan di Menara Prisma, Kementerian Ekonomi, di sini.
Antara pegawai lain yang hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk KEDA memohon peruntukan program pembangunan yang dirancang bagi tahun 2025. Kesemua program yang dirancang ini meliputi teras-teras operasi KEDA iaitu perumahan dan prasarana, ekonomi dan keusahawanan, pertanian, pembangunan modal insan, pembangunan ICT serta latihan kemahiran (TVET).
Semua persiapan bagi agensi ini telah diurus setiakan oleh Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian yang diketuai oleh pengurusnya, Encik Mohd Elias bin Hassan.
Kepada delegasi KEDA, semoga diberi segala kemudahan dan kelancaran serta perancangan agensi ini untuk mensejahterakan luar bandar dipermudahkan Allah SWT.
SEMOGA BERJAYA!