MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

LANGKAWI – 90 orang ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tahun 2024 termasuk urusetia dari pihak Bahagian Komuniti Desa (BKD) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi pendedahan asas pertahanan awam di sebuah hotel di Pantai Cenang, dekat sini.
Ini berikutan Yang Amat Berhormat Dato’Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga turut memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah mengarahkan agar satu kursus khas dilaksanakan untuk memberi pendedahan berkenaan asas pengurusan bencana.
Sehubungan itu, BKD dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaksanakan kursus ini selama 3 hari bermula pada 5 Mei sehingga 7 Mei 2024.
Hadir menjayakan program iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. KEDA diwakili Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Sepanjang program itu, peserta akan didedahkan dengan modul asas pertolongan cemas, asas ikatan dan simpul, menyelamat kecemasan, pengurusan bencana dan lain-lain.