KEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP

KEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP

JITRA – Sejarah terus dicipta oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan melahirkan sebuah lagi perniagaan dengan penglibatan usahawan wanita melalui Program Keusahawanan Wanita di Wilayah KEDA (Women Biz Entrepreneurship) dengan perasmian Cafe Owren di sini.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA. Turut hadir adalah Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi dan mentor cafe Owren, Encik Mohd Azfar Jasmi bin Jamil.
Dalam progam kali ini, seramai empat orang usahawan wanita disatukan dalam usaha mewujudkan lebih ramai wanita yang terlibat secara langsung dalam perniagaan makanan dan minuman.
Cafe Owren membawa konsep ‘coffee shop’ yang menyajikan juadah istimewa ala barat dan tempatan. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan di restoran dalam suasana yang nyaman dan selesa.
Program Keusahawanan Wanita Di Wilayah KEDA adalah program yang direka khusus untuk melahirkan usahawan wanita dengan bantuan diberi dalam bentuk mesin dan peralatan, naik taraf premis serta kursus dan promosi.