SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

KUALA MUDA – Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan telah diadakan di Desa KEDA Tepi Sungai, Kota Kuala Muda baru-baru ini.
Kesemua 7 buah Desa KEDA dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JKPPK) Kampung Kepala Jalan telah menyediakan pelbagai juadah hidangan untuk tetamu.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Mantan Pegawai Khas YBM KPLB, Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff serta Pengerusi KEDA Properties Sdn Bhd, Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Penolong Setiausaha Bahagian Komuniti Desa (KD) KKDW, YM Raja Nazrin Shah bin Raja Ahmad dan Pengurus Bahagian Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Selain itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Tuan Bau Wong Bau Ek, ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Shahril Long, Pengarah JPNIN Kedah, Tuan Haji Ahmad Puat bin Hj Yunus, dan beberapa kenamaan lain turut hadir.
Program dimulakan dengan Taklimat daripada Jabatan Kesihatan Daerah, Pn Juwita, diikuti taklimat dari IPD Kuala Muda, ASP Zul Hairi dan diakhiri taklimat oleh AADK Kuala Muda, En Nasir.
Selepas majlis, Tuan Pengurus Besar merasmikan Blaster Gel & Extream Park Desa KEDA Tepi Sungai dan seterusnya melakukan lawatan ke Muzium Tsunami.
Pejabat KEDA Zon 7, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan kehadiran amat menggalakkan.
Semoga program sebegini dapat merapatkan lagi ukhwah silaturahim di antara kita dan seterusnya sama-sama kita membangunkan desa-desa KEDA.